Thursday, April 9, 2009

KORBAN ….



Sejarahnya dari perspektif Islam...

Peristiwa korban membuktikan dengan jelas ketaatan dua orang nabi iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terhadap perintah Allah s.a.w. Mereka telah melakukan apa sahaja demi mentaati-Nya. Kedua-duanya redha akan perintah Allah yang disampaikan melalui mimipi nabi Ibrahim agar baginda menyembelih anaknya sendiri iaitu nabi Ismail.


Kisah pengorbanan ini telah dinukilkan di dalam al-Quran melalui firman-Nya:

“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah Kami sebenarnya membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada nabi Ibrahim. Demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Seseungguhnya nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula memberikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishaq yang akan menjadi nabi yang terhitung dari orang-orang yang soleh.”
(As-Saafat:105-112)


Ketaatan mereka berdua tiada tolok bandingnya. Sanggup merelakan diri atas suruhan yang diamanahkan..betapa kuatnya keimanan mereka terhadap Sang Pencipta. Namun, bagaimanakah kita..apakah kita sanggup mengorbankan apa sahaja demi agama?..terlalu sedikit sekali calitan iman di dada..mampukah kita untuk menghadapi segala pancaroba di luar sana??

..marilah kita kumpulkan segala ilmu yang ada selagi hayat dikandung badan..moga ilmu yang didamba mampu menjadikan kita semakin dekat padaNya..namun, jangan lupa untuk dicurahkan kepada masyarakat..kerana hidup itu adalah pada memberi..sumbanglah sesuatu demi ISLAM, agamamu..

**akan Datang...Daripada perspektif agama Kristian...nantikan

:: DI sebalik HiKmaH TerungkAp KebesAran ::

MAKANAN HALAL? MANA SATU??

1. Haiwan


أَلَمْ تَرَوْاْ أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَّا فِى السَّمَـوَتِ وَمَا فِى الاٌّرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَـهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَـدِلُ فِى اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلاَ هُدًى وَلاَ كِتَـبٍ مُّنِيرٍ - وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُواْ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَا أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَـنُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ


“wahai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu, dan berterima kasihlah kepada Allah kalau kamu benar-benar berbakti kepadaNya. Hanyasanya yang diharamkan Allah ke atas kamu, iaitu memakan daging bangkai, darah dan daging babi, dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah, dan barangsiapa yang berada dalam keadaan terpaksa, tidak dengan sengaja, dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”


Al-Baqarah (2): 182-183.


a) Haiwan Darat.
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali :

i. Haiwan yang halal disembelih tanpa menyebut nama Allah


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِه
“Diharamkan atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan yang disembelih tidak atas nama Allah…


Al-Māi’dah (5) : 3


ii. Babi.

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالْدَّمَ وَلَحْمَ الْخَنْزِيرِ......
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi….”


An-Nahl (16) : 115

Di dalam sel darah babi, terdapat kuman-kuman yang berbahaya kepada otak dan fikiran manusia. Pengharaman Islam ke atas dagingnya dan apa yang terkeluar daripadanya mengandungi hikmat iaitu untuk menjaga tubuh manusia daripada sebarang penyakit.

iii. Anjing.


iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing...

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.


vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.


vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.


viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.


ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.



b) Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

2. Tumbuh-tumbuhan
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia

3. Minuman
Semua air adalah halal diminum selagi tidak beracun dan tidak bercampur najis serta tidak membahayakan kesihatan. Islam telah jelas mengharamkan arak atau khamr kerana ia memabukkan dan banyak mendatangkan keburukan kepada manusia.


“wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi,(berkorban untuk berhala) dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan….”
Al-Māi’dah (5) : 90

Di SebaliK HikMah TerUNgkap KebeSaraN .

::secubit rasa::

Ilmu bukan hanya di helaian buku, tetapi tersemat di hati, tesebar di lisan, terukir di minda, terserlah dek perbuatan...

Berkat kerjasama semua ahli kumpulan, cebisan hikmah mula beroperasi tanggal 5 April 09..moga kehadirannya diterima oleh semua yang melayari...marilah bersama-sama mewakili dunia dakwah di alam maya!!

:::Pelajar-pelajar Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan UM..(^_ ^):::

:: HiWar ::


ShoutMix chat widget

::Peringatanmu peringatanku jua::

Rasulullah S.A.W besabda, "Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa ingat kepada Allah."

(H.R at-Tirmidzi dan Ibn Majah)



Aswat al-Islam