Thursday, April 9, 2009

Makan vs Eat...



يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلأَرضِ حَلَـٰلاً طَيِّباوَلا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُم عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ

“Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.”

Al-Baqarah (2): 168

Dasar pertama yang ditetapkan oleh Islam : asal sesuatu yang diciptakan oleh Allah biar apa pun ia dan manfaatnya hukumnya adalah ‘halal’ melainkan jika ada nash yang sahih dan jelas yang menetapkan pengharamannya.

Jika tiada nash yang sahih, atau didapati dari hadis yang dha’if, yakni lemah atau tidak jelas tentang dalil pengharamannya, maka perkara itu akan berbalik kepada asalnya iaitu Mubah (membolehkan)

أَلَم تَرَواْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰٰتِ وَمَا فِى ٱلأَرضِ وَأَسبَغَ عَلَيكُم نِعَمَهُ ۥظَـٰهِرَةً۬ وَبَاطِنَةً۬‌ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَـٰدِلُ فِى ٱللَّهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَلا هُدً۬ى وَلا كِتَـٰبٍ مُّنِير

“Tidakkah kamu memperhatikan Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk (kepentingan)mu dan menyempurnakan nikmat-Nya untukmu lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.

Luqmān (31) : 20.

Lingkungan pengharaman di dalam Islam adalah sangat sempit berbanding lingkungan penghalalannya. Ini dibuktikan apabila hanya sedikit sahaja bilangan hadis atau nash-nash yang membawakan hukum pengharaman, manakala mana yang tidak ada nashnya daripada dihukumkan halal atau haram maka ia dihukumkan di atas hukum asalnya, iaitu Mubah.

“Yang halal itu ialah sesuatu yang dihalalkan Allah di dalam kitabNya, dan yang haram pula ialah sesuatu yang diharamkan Allah di dalam kitabNya. Dan mana-mana yang didiamkanNya saja, maka itu termasuk apa yang dimaafkan buat kamu.”
(Riwayat Termidzi dan Ibn Majah)


**sumber:Halal dan Haram dalam Islam-Dr.Yusof al-Qardhawi

No comments:

Post a Comment


Di SebaliK HikMah TerUNgkap KebeSaraN .



::secubit rasa::

Ilmu bukan hanya di helaian buku, tetapi tersemat di hati, tesebar di lisan, terukir di minda, terserlah dek perbuatan...

Berkat kerjasama semua ahli kumpulan, cebisan hikmah mula beroperasi tanggal 5 April 09..moga kehadirannya diterima oleh semua yang melayari...marilah bersama-sama mewakili dunia dakwah di alam maya!!

:::Pelajar-pelajar Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan UM..(^_ ^):::

:: HiWar ::


ShoutMix chat widget

::Peringatanmu peringatanku jua::

Rasulullah S.A.W besabda, "Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa ingat kepada Allah."

(H.R at-Tirmidzi dan Ibn Majah)



Aswat al-Islam